Tuesday, June 2, 2009

Ukhwah

Maafkan saya bang, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain untuk ikut program lagi. Saya nak…’ Arifi mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak dia ucapkan kepada murabbinya. Namun, dia benar-benar merasakan dia tidak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini.

Fikiran Arifi menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Arifi akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu melaksanakan ibadah solat secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu ‘bekerja’ sekarang kerana tarbiyah. Tapi saat ini, keindahan ukhwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman se halaqah sudah mula memudar. Arifi merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tidak tahu mengapa.

Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya. Namun ketika dia mahu meluahkannya kepada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya membuatkan Arifi sukar untuk mengucapkannya. ‘Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita’, begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah yang terkubu di dalam hati.


Hmm..perkara sebegini mmg biasa berlaku dan ia haruslah diatasi.Sesibuk manapun kita dengan aktiviti yang dilakukan, hak-hak ukhwah harus tetap kita berikan. Berwajah ceria ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya,masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh merasakan sifat empati terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah.

Andai kesemua hak-hak ukhwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk gugurnya sahabat-sahabat kita di atas jalan dakwah ini, insyaAllah. Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya bermula dari tarbiyah.


Langkah baru..

Bismillahirrahmanirrahim....
Semoga diri ini dan semua umat islam di alam dunia dirahmati Allah sentiasa dan masih lagi memperoleh nikmat yg paling besar, iaitu nikmat iman dan islam. Insya Allah.
Actually, sudah lama terdetik di hati ini nk buat blog, sbb jiwa muda yg masih kuat ini sering kali berbicara..' eh, mengapa benda bleh jadi?', 'betul ke ape dia ckp ni' dan mcm2 lg kata2 hati merewang2 di dalam minda anak muda ni. Tambahan sindiran drpd sorg member ni, 'hey, bile ko nk buat blog ckp byk kali da, tp xbuat pun lg' -.-'..mmg trcabar, xbleh jd ni, mmg kne buat ni. So, insya-Allah dgn brmulanya langkah baru ini dpt la saya berkongsi something yg bermanfaat bkn sje kpd sahabat2 skalian malah mmberi pringatan pd diri ini agar dpt meningkt kekuatan jati diri insan yg diredhai Allah Ta'ala. insya-Allah.

Monday, June 1, 2009

ak membantumu

saat ini..furfur tiada di rumah.ak baru shj pulang dr masjid bersma-smanya..sblum kami ke msjid beliau ada meminta bantuan drpdku supaya mngajarnya utk mngepost blog..inilah hasilnya..

furfur..kau sgt chomel..
furfur..kau seperti kelawar..
furfur..camner ko boleh dpt diba
(soalan yg biasa diajukan oleh lelaki2 alex)

skian coretan kali ini..